Assalamu’alaikum saudara ku
”Sesungguhnya
orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka
ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti
kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(QS. An-Nisa : 56)
Bagi sebahagian
besar umat Islam, pasti gak asing lagi kan dengan ayat ini, ayat di atas
terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya
siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak
demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang scientists Thailand di bidang anatomi.
Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.
Persidangan
Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal
detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung
selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen
beberapa ayat Al Quran yang berkaitan dengan anatomi.
Tejasen yang
beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti
sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan
Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang
berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.
Setahun kemudian,
pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di
Dammam, Arab Saudi.
Apabila ditanya
tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan
mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum
mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak
ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.
Ia kemudian
menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian
karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari
Kanada. Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden
dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran. Tejasen
tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai
dermatologi (ilmu tentang kulit).
Dalam tinjauan anatomi, lapisan
kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub
Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis,
terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf. Penemuan modern di bidang
anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan
mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.
Saat terjadi Combustio grade III
(luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan
sakit.
Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent
pengatur sensasi yang rusak oleh luka bakar tersebut.
Makalah itu tidak
saja menunjukkan kejayaan teknologi perubahan dan perkembangan ilmu anatomi,
namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran. Ayat 56 surah An-Nisa mengatakan
bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar
kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar
mereka merasakan pedihnya azab Allah.
Sebelum berjaya
mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soal oleh para ilmuan Muslim yang
mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpuncak dari manusia?”
Ketua Jurusan
Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu
tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan
respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”
Mereka
memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin
ingin tahu. “Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya.
Dari para ilmuan
Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang Pencipta
yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak
membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.
Profesor yang
pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali
semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan
dan penemuan barunya itu.
Maklumat yang
dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah
profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan
lima mahasiswanya.
Hingga akhirnya,
pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali
hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan
ilmu perubatan.
Dalam persidangan
yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil
tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.
Di akhir
persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan
semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran,
juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran
Islam.
“Segala yang
terekam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh
dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak bisa membaca dan menulis
pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta,
“katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.
Sumber : “Fakta : Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden”
Wassalamu’alaikum wr. wb.